ok..shopaholic sekalian..(nasihat untuk diri sendiri)
ketahui lah ini perkara penting untuk masa-masa akan datang kepada anda!
semestinya ingatan untuk diri sendiri jua!
Tq pada: Jurutera Wang
************
5 tip jimat duit dengan kadar segera.
Tip pertama : Jangan belanja lebih dari pendapatan bulanan anda.
Prinsip yang perlu ada dalam diri untuk berjimat adalah jangan sesekali berbelanja melebihi gaji atau pendapatan bulanan anda. Latih diri anda untuk hanya belanja separuh atau kurang dari pendapatan bulanan pada setiap bulan.
me: ok..take note cik farah!..sila buang angan2 nak beli handbeg n kasut vinci tu!..bkn keperluan pon buat masa sekarang!! duit gaji ari tu da belanja macam2 da kan?? cukup suda..
Tip kedua : Cari duit lebih atau guna kurang.
Jika anda ingin guna wang lebih dari pendapatan anda, anda perlu cari cara untuk cari duit lebih. Samada kerja part time atau buat pelaburan melalui duit simpanan anda. Jika anda malas, anda cuma ada satu pilihan iaitu guna kurang dari pendapatan anda. Peraturannya senang sahaja, jika mahu belanja lebih, anda perlu cari wang lebih pada setiap bulan.
me: ok.mari bukak kelas tuisyen mulai next year. leh generate extra income...haha. ade ke orang percaya aku ni cikgu..so kesimpulannya..kita guna cara guna kurang. kan mudah!
Tip ketiga : Tetapkan kadar simpanan tetap pada setiap bulan.
Tetapkan jumlah wang untuk di simpan pada setiap bulan. TIndakan ini akan menyelamatkan anda dari membazir semua wang yang anda peroleh. Lagipun, menyimpan wang adalah langkah pertama untuk belajar berjimat.
me: aci x kalau i kata duit simpanan i tu..ala duit y i main kutu ngan nenek n family i tu.. so nt time i dapat duit tu..i simpan half nye la.. aci x..aci x?? y half lg buat apa? oo tu duit tok travel ke mane2 nt kot..hehe
Tip keempat : Elakkan hutang dan jangan pinjam wang.
Elakkan dari berhutang kerana anda akan hilang kawalan terhadap penggunaan wang. Berhutang bermakna memperoleh wang tanpa usaha. Jadi, anda akan rasa tidak bersalah untuk menggunakannya secara membabi buta. Akibatnya, anda akan rasa liat untuk membayar hutang. Akhirnya, anda akan berada dalam tekanan. Elakkan juga meminjam wang kecuali keadaan benar – benar memaksa. Jika mahu wang, anda perlu belajar berusaha mendapatkannya. Jangan belanja wang yang bukan milik anda.
me: alhamdulillah..i x hutang ngan along mane2 pon..biase kalau da sengkek i rengek2 depan abah...so lps dpt gaji nt i pulangkan cepat2..nt leh rengek2 lg dengan abah..ayat mesti power!!..
Tip kelima : Tulis diari kewangan.
Setiap hari anda tulis aktiviti perbelanjaan anda dalam satu diari. Rekodkan apa yang anda belanja dan rekodkan juga jika ada kemasukan wang. Melalui diari yang anda tulis, anda dapat mengesan habit perbelanjaan anda. Dengan ini, anda dapat kenal pasti kea rah mana wang anda mengalir. Gunakan maklumat ini untuk menjadikan perbelanjaan anda lebih berbaloi. Belanja pada perkara yang perlu sahaja.
me: ok..maybe lepas ni kene catat apa jua jenis perbelanjaan i.. senang nk monitor satu bulan bapa bnyk y da membazir..huhu..azam nak buat diari kewangan!
5 langkah asas jimat wang.
Berikut adalah antara langkah asas yang boleh anda amalkan untuk jimat wang.
Langkah pertama : Jauhkan diri anda dari wang.
Jangan bawa wang terlalu banyak dalam dompet anda. Bawa wang yang perlu sahaja setiap kali anda keluar. Melalui perbuatan ini, anda akan rasa lebih kuat untuk tidak berbelanja. Disebabkan wang dalam dompet anda sedikit, anda pasti akan lebih berhati – hati ketika berbelanja.
me; betol la...penah skali cash out RM 300. seharian bershopping. lepas tengok duit nyaris2 habis..so terus nafsu nak balik rumah timbul..kalau x, selagi tu la nak beli dan beli lagi..x ingat nak balik langsung..ya ampuuunnn...
Langkah kedua : Simpan wang di dalam akaun simpanan seolah – olah ia adalah tindakan yang wajib.
Utamakan menyimpan wang di akaun simpanan sama seperti pembayaran bil – bil anda. Kalau boleh, pada hari pertama gaji, anda terus sahaja keluarkan wang dan di simpan ia di dalam akaunsimpanan tetap anda.
me: buat kaedah ni untuk bayar bil kete je. gaji masuk terus bankin kan duit kete awal2 dalam bank lg satu tu,. takut terhabis berbelanja nanti..kan bagus kalau boleh buat kaedah ni untuk simpanan masa depan?? ish2..
Langkah ketiga : Berhati – hati dengan nafsu membeli anda.
Selalunya, anda akan kehilangan arah apabila anda sedang membeli belah di kompleks membeli belah. Anda seakan – akan tidak boleh berhenti membeli apabila anda mula membeli. Ada sahaja barang yang ingin di beli. Untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku, anda bawa senarai barang yang perlu di beli sebagai rujukan dan hanya bawa jumlah wang yang perlu sahaja.
Langkah keempat : Jangan berhutang kad kredit.
Sekali anda menggunakan kad kredit, anda akan ketagih menggunakannya. Ini kerana adanya kad kredit seolah – oleh menjadikan anda memiliki wang yang banyak. Anda hanya perlu swipe sahaja kad dan barang sudah boleh di beli. Gunakan kad debit untuk mengawal nafsu berhutang anda. Penggunaan kad debit lebih menjamin pengurusan wang anda.
me: alhamdulillah..x da kad kredit. takut nak ada. kang x memasal aku bankrup sebab da over limit..hish..nauzubillah..
Langkah kelima : Hidup dalam keadaan yang anda mampu sahaja.
Jangan beli kereta jika anda tidak mampu untuk membayarnya. Begitu juga dengan peralatan yang lain. Anda hidup berdasarkan pendapatan anda sahaja. Jika anda mahukan sesuatu yang agak mahal, lakukan kerja tambahan untuk mendapatkannya.
me: hah..dengau tu..ni x ikot nafsu betul.. semua nak!..
kalau dulu:
"keta myvi pink-dapat"..
"kamera dslr merah-dapat"...
"tablet samsung-dapat"...
kalau sekarang:
"nak note 2-dapat samsung young"...
"kamera samsung galaxy da keluar woi!!-ko kan da de dslr??"
"ipad tu cun la wei..-orang lain tab pon xde"
************
note for myself: mari lah tuan diri..segeralah bijak mengurus wang anda..
1 comment:
http://payripo.com/?share=93593
Cari duit mudah
Post a Comment