Tuesday, November 27, 2012

jom aquaria + MAHA 2012

mari melawat ateh.. 

kebiasaan kalau lepak tido rumah ateh kat bangi ni, malam2 suke jer suh ateh bawak kami2 ni g down town. x g kat bangi nye kami g kat depan mines tu. biasala si kakak ni kan suka membeli-belah. so tempat y sangat besh adalah kat kawasan macam ni. biar x berjenama sekali pon. janji i sangat puas hati ngan semua benda y  dah dibeli tu. (muka berminyak y mintak nyawa sebab da perabiskan duit..)


so mengikut perancangan nak bawak si adek bongsu bercuti2. apakan daya si adek bongsu lebih suka tinggal di rumah daripada ikot kakak die y sangat suka berjalan tah ape2 ni. maka kami2 yang da zaman purba ni je la bercuti2. plan asal memang nak g sekitar KL.

maka kami pon menjejakkan kaki buat pertama kali di Aquaria, KLCC ni... bayaran masuk RM35 dewasa dan baby seperti Kaseh x yah bayar. so berjalan2 la kami bersiar2 menerangkan hidupan laut kepada cik Kaseh..hehe..







lepas tu lepak makan kat bangi. ateh kate tempat ni kawan2 die slalu sebut. tp die x penah g la. so kami pon cuba la jalan2 cari makan kat sini: "Ikan Bakar Petai" tu makanan famous die..tp since kami x bape makan petai x bape nak masyook la sangat. bek g makan ikan bakar umbai lagi ummpph kot.. yes!..tempat ni sangat ramai ngan pengunjung. x sempat abiskan air orang da dok jeling2 suh kami bangun sebab dierorg nak duduk pulak.


before balik rumah, ajak ateh lepak kat mines pulak..tetibe....terbeli pulak hp baru.. memandangkan mr Omnia aku tu da berjasa dari zaman gstt, maka memang patut la kasi die berehat. so y paling mampu melihat keadaan diri, samsung young,Y adalah pilihan hati. telepon murah y ada android..so far ni la paling murah adek!.. so ok confirmkan harga, RM 380 terus angkat x tunggu lama2 pon..


mari melawat MAHA. since nak g lepas breakfast. tapi terlajak2 sampai kat sana da tengahari. sangat mencabar. banyak giler pengunjung hari tu. ahad la katekan. puas round cari parking, lepas tu puas berjalan tengah panas terik, dengan ramainya umat datang nak masuk toilet pon beratur ya ampon panjang.. memang x best langsung pergi ke tempat macam ni. letih berjalan sampaikan selipar pon boleh putus..

bijak betul  mereka2 y x join kami pergi hari tu (acik+balong).. kalau x memang ak da kene maki hamun sebab suggest g tempat macam ni. nawaitu nak membeli buah2an pon x tercapai memandangkan sakit hati ngan keadaan y panas dan ramai orang. x sesuai la.. banyak sangat tempat nak dilawati. semua2 nya sangat jauh2 kene naik train. nak tunggu train satu hal, nak mengangkut barang2 hasil beli pon lg satu hal. 




maka kesmpulannya mari beredar jer la nampaknya.. ni lagi satu kisah x best. nak tunggu keluar pon makan masa hampir 2 jam. duduk dalam kereta selama itu boleh mendatangkan macam2 kan!.. air-cond kete pon boleh sakit. kesian tengok y mana family dalam kete y x de aircond tu.. kesian lagi pada sapa y ada anak kecil atau pon bawa mak-bapak y tua. berkipas2 masing2 dok tahan bila la boleh bergerak kereta ni..

untuk korang yang ingin melawat MAHA, sila penuhkan iman didada  dan pilih la hari dan waktu yang sesuai untuk anda mengunjunginya. kalau sesaja macam saya yang hanya nak check in saja baik g shopping mall yang terang2 sejuk-beku tu..boleh shopping macam2 jugaa..


Wednesday, November 21, 2012

Selamat pengantin baru Anas & Iffah

ok..ad mood nak story moly pasal acik nye wedding..





alhamdulillah semua nya berjalan lancar dengan izinNya..





so far tak de la success mana pon kan. kira ok la bagi si kakak single ni jadi wedding planner..



corat-coret di majlis acik..
1) orang ramai puji baju ak +family+ makcik2 cantek..(xkira tu ayat penyedap hati sekali pon)
2) pagi2 kena bagun bersiap temankan Alang g konvo.. tiba rumah kol 1.00 tghari...melayankan si Alang & the geng ambik gambau..selamat rombongan pengantin lom tibe lagi..
3) kek pengantin 3 tingkat + cupcake abis ari tu jugak!..x merasa aku!
4) tema khemah maroon + pink = combination last2 minit aku
5) baju pengantin amik kat butik merlimau. warna hijau+ gold y rare sekali orang pakai...haha nasib baik cun!
6) kakak dan mak pengantin siap salin 2 persalinan baju gitew!
7) cik kaseh x meragam langsung ari tu.. good gurl..
8) kompang dok masuk bawah khemah sekali. sangat bingit nak2 makcik2 sebelah family iffa y dok berdekatan..
9) gule2 lolipop 6 balang daripada kak ipau abis dalam masa 1 jam je. ak x dapat rasa!..
10) hujan lebat turun lepas pukul 5. alhamdulillah majlis masa tu da x ramai orang sangat.
11) pasang lagu live guna u-tube..sebab x nak sewa DJ y memekak tu( permintaan pengantin).so lagu syok sendiri daripada aiman..
12) pengapin perempuan tukar last minit. cik meera x sihat. mujur ad anak cousin y ad pakai baju matching ngan pengapit lelaki masa tu.. yeah!..cantek!! tq ila + apar!..
13) guest corner y sangat cool..(perasan sendiri) kad ak sediakan 100 keping jer.. x cukup kak ngah oiii!!!...
14) makanan catering sangat sedap~..ramai puji dan tanya mana.. ak+abah+mama x sempat nk menjamah langsung lauk tu..
15) ramai sangat kawan2 sek, uni, kje dan lain2 sewaktu dengan acik y hadir... mujur kakak pengantin baik hati layankan + tolong jd photoghapher mereka2 ni..
16) doorgift y lebih ak bawak ke sekolah.mama bawak ke office. acik bawa ke office die jugak.
17) yeah heppy semua nya dah selesai..

p/s: tetiba rasa rajin wat outdoor photoshoot untuk pengantin baru ni.. kami lepak kat taman 1000 bunge melaka.. ade la dalam 20 minit je..cuaca panas bebenau..jom balik!!..


to acik + iffah
selamat pengantin baru..moga terus bahagia, dan moga redha Allah bersinar selalu bersama...
from: kakngah y the best!!

Friday, November 16, 2012

Melawat Pasar Payang, Terengganu

ok..niat nak pergi untuk check in je kat fb y mana i da tibe negeri terengganu. kl da tibe then da check in lps tu ajak i balik terus pon x pe.. ok pelik!.xde org gile da drive jejauh da tibe ko ajak balik. memang nak mintak pelempang la time tu jugak boleh dapat..haha

ok.macam2 kesah sepanjang perjalanan ari tu. gerak dari melaka pukul 10.00 pg..jalan ikot cousin drive kete depan. y best nya bukan i la y drive. kami cuma bertiga je. mujur ada kasih hati cik myB. jauh ko dapat jalan yerk!..kesah ada org y x tahan nak buang air..mujur y kecil..sepanjanng jalan x jmp toilet..perh!!..boleh mendatangkan penyakit kl x saje2..haha..mujur lps tu dapat cari!..

jalan ikot pantai katernye!..fuhh memang azab nak tunggu bila la nak tiba..selamat dalam pukul 6.00 petang dapat check in kat hotel continental, Terengganu..ok..muka da abis macam kene simbah minyak pon masih sempat lg dok gmbau depan receptionist...

ok.berbalik pada tajuk!!!.. pasar payang x jauh dr hotel pon.kl nk jln kaki pon ok jer. tp gerak naik kete la senang. nk beli banyak kan..x kan nak hembet beg2 plastik tu balik hotel pulak.. ok..hari jumaat..warga terengganu cuti ok~!..sangat sibuk dan susah nak carik parking!!..ok x sempat nak snap gamabr dalam pasar payang. sibuk pandang baju berkilat2 tu jer..

seronok!!..wanita memang suka membeli belah la katakan!..wee x memasal ak rembat sampai 2 helai kain baju..tapi memang berbaloi..orang kata kalau da tibe x kan x mo beli ape2 kan?? haha buat penyedap hati duit y makin kering da ni...


ha..siap terjumpa kawan cikgu sekolah lagi.. kan da kate!siapa2 pon mesti nk g shoppinng kat sini!.. sempat snap pict kasi bukti kami da tiba sini dan suda membeli di sini..anda bila lagi??

lepas perabis duit kat pasar payang, kami gerak ke rumah kenduri kawin..motip utama kami ke Terengganu. majlis kawin mereka sangat simple. hanya ada 2 biji khemah orang ramai. sebelah kaum L dan sebelah lg untuk kaum P. dan menariknya..lauk pauk dan nasi dihidangkan di atas meja. lepas ceduk lauk sila tatang makanan anda dan duduk di kerusi y disediakan.


adat mereka untuk salam kaut. mak bapak pengantin duduk atas rumah. lg satu mereka bagi telur pahar then terselit kat situ ada pulut semangat. untuk apa x de orang xplain plak kat i ni..ok tunggu pengantin L tiba dalam kol 3 ptg. pengantin tiba je kami bergegas2 pulang. letih tunggu pengantin dari kol 12.00 td..

mari melawat masjid kristal,mercu pelancongan di negeri kopok lekor ni.. 1st time tiba. mujur cousin2 y da penah g sini nak bwak i y ketinggalan zaman ni g.. kejap pon jadi la. dpt check in then dapat beli fridge magnet pon jd la.. simple je kan i ni.hehe.


ok..sebelum balik melaka..x sah la x makan kopok lekor kan!!..jom pekene kopok lekor kak yah!..terbaek.. y sebenaunye da lapau bangat da tu..haha.. sempat beli berbungkus2 kopok tok dibawa pulang ke melaka!!


ok..itu saja review pasal Terengganu y sempat i pergi.. 2 hari sangat la x mencukupi..sebab perjalanan je da makan masa 6-8 jam.. da...

Saturday, October 13, 2012

Singapore, Uss + Keming & Lianhua primary school

wee..seronok nya..kali ke 2 jejak kaki dii tanah singapore ni.. ari tu ngan kawan sekolah menengah (Dreamzni), kali ni ngan kawan keje n murid2 sekolah (Sk CIJ1) pulak..

apa yang seronok pada 11- 12 Oktober 2012 ??

besh dapat main lagi sekali dalam USS..giler kentang heppy dapat dengar jerit2 dr kawan2 y lebih sikit usianya dari saya..haha maap!!..


melawat sekitar Keming Primary School:



  • macam2 alat y cangih-manggih cikgu2 singapore ni da pakai kat sekolah. malaysia, melaka bila lagi mau maju? seronok la mengajar cam ni..name alat canggih tu ap?? jap g google sat..

  • wah..GB die sangat cool.. melayan kami dengan begitu baik..tip-top punye orang atasan..

  • bila da dikelilingi org y bercakap omputeh, tetiba eh lancar pulak ak sebut omputih ek..haha

  • sekolah yang sangat besh.. keadaan bilik guru da macam kat rumah. ada tu tengok siap da macam bilik anak patung, ad tu da macam kat dalam taman, sesuka hati deko tempat memasing.. mesin photostat melambak2..ok tipu.
  • deco kat dinding2 sekolah cantik. library sangat tersusun. kantin sekolah bersih.bilik muzik, bilik abm semua lengkap..
singgah sebentar di Lian Hua Primary School

  • ok set robotik dieorang sangat canggih. budak2 lelaki sangat boleh diharap..
  • ok jumpa member lama..ok tipu. die penah datang melawat sekolah awal tahun ari tu..
  • makanan y disediakan sangat sedap. tp perut da kenyang time tu. dapat makan ckit je.
so sangat bertuah kerana berpeluang melihat sekolah2 luar negara. macam2 boleh dikongsi dan diambil sesuatu.. seronok melihat anak2 tak kira dimana jua..pendidikan amat dititik berat. sama2 la kita mendidik anak-anak untuk menjadi bangsa y berguna pada negara...


Monday, October 8, 2012

Mari kenal Frog Vle


last week ikot kursus FROG VLE.. khas untuk penyelaras ict sekolah dan mesti bawa sorang guru y mahir ict. so secara bertuahnya dipilih la. tang mana mahir pon ak pon x sure. alhamdulillah dapat lg 1 input berguna. x kesahla kene attend kursus sampai 3 hari dari pagi sampai kol 5.00 petang sekali pon.

FROG Vitual Learning Education ingin diterapkan di sekolah2 supaya seiring ngan arus zaman kini. kini murid dan guru tidak perlu susah untuk berkomunikasi. menggunakan frog, semua segalanya dihujung jari anda. guru boleh menjalankan PnP menggunakan kaedah vle dan murid juga boleh menyiap dan menghantar kerja sekolah menggunakan frog ini. Tiada lagi masalah buku tertinggal dan guru dapat melihat sendiri murid mana dapat menyiapkan tugasan y diberikan. tetapi semua ini tidak menjadi jika tiada line 'internet'. selain itu setiap sekolah juga turut dibekalkan kemudahan doogle supaya guru2 dapat menjalankan aktiviti tanpa had diluar sekolah. segalanya dengan kemudahan YTL.. 

so marilah kita mengkaji dan memahami fungsi dan aplikasikan frog ini kedalam diri anda!.. selamat ber"froggy" kepada guru2 dan anak2 murid sekalian!.. kerja tambahan untuk guru lagiii...

*********


learning with fun!!

Wednesday, October 3, 2012

kursus lagiiii..


ok..jadual da sudah penuh.. sila jangan sesuka mulut kata jadi cikgu banyak masa terluang ok!!!...lagi nak hujung sekolah lagi la menimbon2 keje dan kursus sana sini datang. tu lom list kan keje pe y lom settle2 lagi..data2 online y kene key-in. buku rekod profile murid kelas kene siapkan.. dokumentasi program jalinan ngan jaringan sek lagi.. haiya!...budak2 pon da bising nak wat makan2 ap tok jamuan akhir tahun. 

bila masa tok diri sendiri pon x tau la..

kursus y 17-20 hb tu x sempat nk maklumkan kat abh ngan mama. takut kene marah.."xde org lain ke g kursus?? asik suh ko jer g??"..hopefully leh mintak balik awal sabtu tu.. kl x jalan da..

Saturday, September 29, 2012

Kursus paling besh skali..

ada 5 step "menabung dengan bijak" anda...

1) buat matlamat S.M.A.R.T
2) Buat money plan 
3) Buat bajet
4) Tahu apa itu keperluan dan kemahuan
5) Menulis perbelanjaan

sesuai untuk adek2 di sekolah rendah. program kids and cash akan menarik adik2 belajar menabung dari kecil. dengan bantuan SIDC kini adek2 bertuah kerana mereka berbesar hati membantu adek2 dan sekolah anda untuk belajar cara yang betul dalam menguruskan wang.

klik sini untuk menonton capten cash