Monday, December 31, 2012

NASIHAT: Bijak Urus Wang

ok..shopaholic sekalian..(nasihat untuk diri sendiri)
ketahui  lah ini perkara penting untuk masa-masa akan datang kepada anda!
semestinya ingatan untuk diri sendiri jua!

Tq pada: Jurutera Wang 

************

5 tip jimat duit dengan kadar segera.
Tip pertama : Jangan belanja lebih dari pendapatan bulanan anda.
Prinsip yang perlu ada dalam diri untuk berjimat adalah jangan sesekali berbelanja melebihi gaji atau pendapatan bulanan anda. Latih diri anda untuk hanya belanja separuh atau kurang dari pendapatan bulanan pada setiap bulan.
me: ok..take note cik farah!..sila buang angan2 nak beli handbeg n kasut vinci tu!..bkn keperluan pon buat masa sekarang!! duit gaji ari tu da belanja macam2 da kan?? cukup suda..
Tip kedua : Cari duit lebih atau guna kurang.
Jika anda ingin guna wang lebih dari pendapatan anda, anda perlu cari cara untuk cari duit lebih. Samada kerja part time atau buat pelaburan melalui duit simpanan anda. Jika anda malas, anda  cuma ada satu pilihan iaitu guna kurang dari pendapatan anda. Peraturannya senang sahaja, jika mahu belanja lebih, anda perlu cari wang lebih pada setiap bulan.
me: ok.mari bukak kelas tuisyen mulai next year. leh generate extra income...haha. ade ke orang percaya aku ni cikgu..so kesimpulannya..kita guna cara guna kurang. kan mudah!
Tip ketiga : Tetapkan kadar simpanan tetap pada setiap bulan.
Tetapkan jumlah wang untuk di simpan pada setiap bulan. TIndakan ini akan menyelamatkan anda dari membazir semua wang yang anda peroleh. Lagipun, menyimpan wang adalah langkah pertama untuk belajar berjimat.
me: aci x kalau i kata duit simpanan i tu..ala duit y i main kutu ngan nenek n family i tu.. so nt time i dapat duit tu..i simpan half nye la.. aci x..aci x?? y half lg buat apa? oo tu duit tok travel ke mane2 nt kot..hehe
Tip keempat : Elakkan hutang dan jangan pinjam wang.
Elakkan dari berhutang kerana anda akan hilang kawalan terhadap penggunaan wang. Berhutang bermakna memperoleh wang tanpa usaha. Jadi, anda akan rasa tidak bersalah untuk menggunakannya secara membabi buta. Akibatnya, anda akan rasa liat untuk membayar hutang. Akhirnya, anda akan berada dalam tekanan. Elakkan juga meminjam wang kecuali keadaan benar – benar memaksa. Jika mahu wang, anda perlu belajar berusaha mendapatkannya. Jangan belanja wang yang bukan milik anda.
me: alhamdulillah..i x hutang ngan along mane2 pon..biase kalau da sengkek i rengek2 depan abah...so lps dpt gaji nt i pulangkan cepat2..nt leh rengek2 lg dengan abah..ayat mesti power!!..
Tip kelima : Tulis diari kewangan.
Setiap hari anda tulis aktiviti perbelanjaan anda  dalam satu diari. Rekodkan apa yang anda belanja dan rekodkan juga jika ada kemasukan wang. Melalui diari yang anda tulis, anda dapat mengesan habit perbelanjaan anda. Dengan ini, anda dapat kenal pasti kea rah mana wang anda mengalir. Gunakan maklumat ini untuk menjadikan perbelanjaan anda lebih berbaloi. Belanja pada perkara yang perlu sahaja.
me: ok..maybe lepas ni kene catat apa jua jenis perbelanjaan i.. senang nk monitor satu bulan bapa bnyk y da membazir..huhu..azam nak buat diari kewangan!
5 langkah asas jimat wang.
Berikut adalah antara langkah asas yang boleh anda amalkan untuk jimat wang.
Langkah pertama : Jauhkan diri anda dari wang.
Jangan bawa wang terlalu banyak dalam dompet anda. Bawa wang yang perlu sahaja setiap kali anda keluar. Melalui perbuatan ini, anda akan rasa lebih kuat untuk tidak berbelanja. Disebabkan wang dalam dompet anda sedikit, anda pasti akan lebih berhati – hati ketika berbelanja.
me; betol la...penah skali cash out RM 300. seharian bershopping. lepas tengok duit nyaris2 habis..so terus nafsu nak balik rumah timbul..kalau x, selagi tu la nak beli dan beli lagi..x ingat nak balik langsung..ya ampuuunnn...
Langkah kedua : Simpan wang di dalam akaun simpanan seolah – olah ia adalah tindakan yang wajib.
Utamakan menyimpan wang di akaun simpanan sama seperti pembayaran bil – bil anda.  Kalau boleh, pada hari pertama gaji, anda terus sahaja keluarkan wang dan di simpan ia di dalam akaunsimpanan tetap anda.
me: buat kaedah ni untuk bayar bil kete je. gaji masuk terus bankin kan duit kete awal2 dalam bank lg satu tu,. takut terhabis berbelanja nanti..kan bagus kalau boleh buat kaedah ni untuk simpanan masa depan?? ish2..
Langkah ketiga : Berhati – hati dengan nafsu membeli anda.
Selalunya, anda akan kehilangan arah apabila anda sedang membeli belah di kompleks membeli belah. Anda seakan – akan tidak boleh berhenti membeli apabila anda mula membeli. Ada sahaja barang yang ingin di beli. Untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku, anda bawa senarai barang yang perlu di beli sebagai rujukan dan hanya bawa jumlah wang yang perlu sahaja.
Langkah keempat :  Jangan berhutang kad kredit.
Sekali anda menggunakan kad kredit, anda akan ketagih menggunakannya. Ini kerana adanya kad kredit seolah – oleh menjadikan anda memiliki wang yang banyak. Anda hanya perlu swipe sahaja kad dan barang sudah boleh di beli. Gunakan kad debit untuk mengawal nafsu berhutang anda. Penggunaan kad debit lebih menjamin pengurusan wang anda.
me: alhamdulillah..x da kad kredit. takut nak ada. kang x memasal aku bankrup sebab da over limit..hish..nauzubillah..
Langkah kelima : Hidup dalam keadaan yang anda mampu sahaja.
Jangan beli kereta jika anda tidak mampu untuk membayarnya. Begitu juga dengan peralatan yang lain. Anda hidup berdasarkan pendapatan anda sahaja. Jika anda mahukan sesuatu yang agak mahal, lakukan kerja tambahan untuk mendapatkannya.
me: hah..dengau tu..ni x ikot nafsu betul.. semua nak!..
kalau dulu:
"keta myvi pink-dapat".. 
"kamera dslr merah-dapat"... 
"tablet samsung-dapat"...
kalau sekarang:
"nak note 2-dapat samsung young"... 
"kamera samsung galaxy da keluar woi!!-ko kan da de dslr??" 
"ipad tu cun la wei..-orang lain tab pon xde" 
************

note for myself: mari lah tuan diri..segeralah bijak mengurus wang anda..






Monday, December 24, 2012

Melawat Butik Fashionista!!!


Kechingg!!..wah tetibe bunyi idea keluar gitew. Macam familiar je kan bunyi tu.. 

Teringin nak g shah alam...peace yo!.(ala-ala  AC Mizal dlm MLM2012).sejak 2menjak da terlibat ngan dunia belog n beli online. Maka hati berbunge2 nak g butik2 cantik - blogger2 glamor tu semua.. 

So dengan muka kelat si abah, terpaksa la mengikut jua kata anak perempuan tunggalnya utk kemana saja y dia nak..tq abah. Walaupon bising ngan kata2- “jauh la”.. “jln jem” ..“ape y ada kat sane” ..macam2 la. Dan akhirnya mesti ada ayat ni “ hai la..selamat la sorang je anak pompuan”..

Stay kat bangi rumah sewa ateh. gerak tengahari sebab tunggu adek ipar i balik keje dulu. Before tu ingatkan nk g Fareeda, tengok2 lagi jauh orang tengah beratur panjang kat luar kedai. Amboi mak ko!..ramai nya umat nak serbu fareeda time tu. Mujur i bukan peminat fareeda. So tengok dari jauh je i da heppy..x yah masuk pon i da tau camna ghupe kat dalam tu.

Dari bangi ke shah alam jauh x? Ntah x tau la. Sebab tertido time tu. Bukak2 mata da tibe..shah alam!!peace yo..
So bermula la pengambaran aku ke semua butik2 y cun2 tu semua.






**********
Stop makan jap. Si jejaka2 semua da mengadu letih dan penat. Pusing2 x tau nak makan mana. So try je la singgah kat kedai makan WONG SOLO. Masakan Indonesia.  Y lain semua order nasi. Ak Cuma selera nak makan sup ayam je..x puas nk g banyak butik lagi..abis makan  hujan turun selebat2nya.. kilat pon kuat sangat. Tunggu hujat reda sikit, baru gerak g masuk keta n cari surau solat zohor.
Pujuk mereka tok round lagi. “kak ngah nak g sini..sini..sini..Please!!”
************










Ok2..siap janji ngan semua. “ok ni last..da lepas ni kita boleh balik...tunggu kak ngah jap eh”..



yea..bertuah badan. i dapat jumpa kak rina salleh. ramah layan orang+cantik+lemah lembut je orangnya. so tanpa segannya ajak kak rina bergambar sama..hehe..


dalam keta semua dok tanya sapa tu ngah?? ok. mereka bukan kaki belog macam i. so kene la i bukak profile kak rina.itu-ini..pot-pet.. baru masing2 angguk2 paham. kak rina siap upload pic customer y dtg kat instagram die.. 


 n siap berterima kasih kat semua y datang..


p/s: sorry ter bahasa "kak rina" padahal sebaya je kami. i kan suka perasan muda sentiasa.hehe

**********

ok..sudah perhabis masa + wang. mari pulang!.. tq ABAH+MAMA+ACIK+IFFAH+ATEH. teman kakngah g tempat2 ni semua. hari y seronok untuk dikenang..


hasil rembatan di sana..yeah!..i'm so heppy!!



Sunday, December 16, 2012

J~O~D~O~H GENG SELIPAR KUNING

ok..tajuk y lagi berat mau dikupaskan kali ini..
kisah JODOH mereka pula


selamat pengantin baru untuk PN ROSMAWAR dan pasangan...
15 Disember 2012


zaman sekolah teknik jasin, kami mula rapat segiler2nya. so far mereka sangat heppening gilerr2.. kami berenam berkawan sepakat kemana saja sehinggakan bersepakatan beli selipar RM10 y warna kuning. amat famous ketika itu..alasannya bila ke masjid senang nak capai nak2 bila semua budak ambush keluar masjid, maka berebut2 semua nak g prep..

alhamdulillah kini semua ahli geng selipar kuning telah selamat diijabkabulkan..ok tipu. aku je la y belom.
insyallah...mari doa sama-sama.

******

mari mengimbau kenangan lalu..

da pandai lepak2 makan2 kat luar.. budak baik jarang hangout segini
30 November 2009


beraya di rumah cik mawar masa ni..
3 Dis 2009
**ni jer pon gambar y complete kami berenam..**

muka budak muda-mudi berlibur (Jan 2010)

masing2 sibuk ngan kehidupan masing2..tp sempat jer lepak sesame sekejap pon jadi la.. 
si wani kejo.(OGOS 2010)

habis kesah enjoy ngan life masing2..semua dok heboh pakat nak kawen pulak..

*****
maka terjadinya kawen pon smua nak dalam tahun y sama...
tahun 2011 menjadi pilihan mereka2 ni..


Fina dan Ammar ( 29 Jan 2011)

Zailla & Khairul kawen... 5 Feb 2011

Wanie D Nizam 19 Feb 2011

Rohaidah married Husin 
27 may 2011

finally...
tahun 2012. tahniah kepada.....

 Pn MAWAR dan En Faiz.. 
15 Dis 2012
*****

lepas tu memboyot la masing2. masing2 dok membebel pasal kawen, pasangan masing, hal pregnant segala2nya di ceritai.. ada y x patut ak dengar pon dieorang dok balun kekkhek..hissh2..

masing2 da start tunjuk perut..y 2 tepi tu single-mingle lg time ni..
(Okt 2011)

melawat ibu bersalin-pn wanie 
(28 Dis 2011)

*****
da terberanak memasing dok tunjuk baby la pulak...

x sangka aku..ade ciri2 keibuan jugak zailla tingtong ni 
baby NUR AMANI (Feb 2012)

kasih si ibu wanie pada si baby ALYA IRDINA (15 Dis 2011)
tahniah wani tengah tungguu hari tok dapat 2nd baby pulak..

mama fina pon tengah pregnant baby ke 2nya.. now da 3 bulan..
DHIA ALISHA 


ALHAMDULILLAH
syukur kepada NYA. walaupun aku je yang masih belum berkeluarga sendiri macam yang lain tapi aku tetap syukur kerana masih berpeluang merasa hidup berkeluarga bersama mama dan abah sehingga kini..

JUJUR aku katakan aku gembira melihat mereka semua gembira.
semoga ikatan persahabatan KAMI tetap utuh selama-lamanya 
AMIN...

Wednesday, December 5, 2012

J>O>D>O>H Dreamzni


okeis.tajuk y sangat berat.

ALHAMDULILLAH jodoh kami sebagai sahabat masih kekal erat dan baik sejak dari zaman persekolahan menengah sehingga kini y mana masing2 sibuk membina keluarga masing2..

bila dah sibuk keja n life memasing..so time2 gini je la nak berjumpa dan bergosip2..tergelak2 teringat kesah dolu2..

last week baru je attend majlis kawen sorang lg ahli DREAMZNI.. kali ni si ejah pulak naik pelamin. congratulation gurl..opss madam!!..


tahniah eja + hamidon 2/12/2012
(**sila jaga kawan i bebaik k!..kl x kami siku2 kepala u nanti!!)

so bilangan cik2 adek dreamzni y single makin susut.. daripada 13 orang..now?? 2 minggu dari sekarang cik ann pulak.. n cik mira pon da cakap tarikh die next year bulan 4..wow!.. hebat sungguh kan!.. y lain?? sila update tarikh supaya x tertindih..


tahniah ann.. majlis pertungan 1/12/2012


biasanya y attend majlis kawen ni y single2 la..so siapa la y akan attend majjlis kawen i nanti kalo i la y kawen paling last nanti?? hukhuk...


to all my friendz..moga jodoh kalian berpanjangan sepanjang hayat bersama jodoh y ditetapkan olehNYA..amin

mari kita bongkau album lelama..yeah


dulu2nya dreamzni rajin sekali keluar beraya2..wpon x cukup ahli
(30 Nov 2009)



1st reunion reramai gini...setelah 10 tahun (9 05 2010)
tiada dlm gambar: rami, nadia, etit
first posting cerita psl DREAMZNI disini
(ejan da balik awal)



di majlis kawen ijan..(12 06 2010)


9 9 2010 - 1st time berbuka puasa bersama2..tema baju kurung!!



tahniah nadia othman..dalam diam2 ko naik pelamin yerk..xpe kami tetap datang!
( 1 May 2011)

berbuka puasa disamping bg kad jemputan..etit nk kawen!!
meh meh tengok kisah lain2 disini
(18 Aug 2011)


berhari raya sambil berjumpa ngan ibu mengandung Pn Zurainy
( 5.9.2011)


gigih ke palong 14..Etit kawen!! (10.9.2011)


1st trip dreamzni. g USSingapore. since semua org buzy..kami je la y g..
che+ki+dout...here!!
(raya cina 2012)


si single awek2 cun di majlis berbuka puasa (16 Aug 2012)
mari baca kesah selanjutnya disini


heppy wedding day-ejah
2 Dec 2012

****************************
here we are:

D=Dayah...
R=Ramie...
E=Ejah,Etit...
A=Anis,Ann...
M=Mira...
Z=Zurainy,Zerra...
N=Nadiah,Nadia...
I=Ieda,Ijan...

"People dont call us "DREAMZNI" for nothing!!!"