untuk kekanda ku;
salam kerinduan daripada seluruh ahli keluarga kepada kekandaku. sudah lama rasanya kita tidak berhubung. bagaimanakah kehidupan kekanda ketika ini. moga sihat sejahtera hendaknya
kekanda, tujuan adinda menulis surat ini adalah ingin menyatakan kerisauan adinda yang tidak dapat dibendung lagi. sejak peninggalan kekanda untuk merantau mencari rezeki di kawasan luar, kelihatan ayahda dan bonda tidak lagi dalam keadaan yang ceria seperti selalu. kerinduan yang menebal telah melanda meraka. malah, perkhabaran yang telah kanda sampai kan tempoh hari telah menyebabkan mereka selalu termenung jauh. perkhabaran itu telah menyebabkan kemurungan melanda seluruh keluarga kita ini.
mengapakah perkhabaran itu yang kanda sampaikan?. tahukah kanda dikala itu mereka sedang bersemangat untuk menghias rumah bagi menyambut kedatangan kanda dan orang baru. masing2 berwajah ceria dikala itu. segala persiapan telah dirancang dengan teliti. walaupun kita bukan lah dari golongan keluarga yang berada, tapi kata mereka insyallah dengan segala kudrat yang ad, mereka sanggup mencari jalan untuk memastikan segalanya lengkap di majlis kanda.
kanda kenapa dan mengapakah??? sanggupkah kanda melakukan itu semua?? tergamakkah kanda membuat onar di majlis kanda sendiri dan sanggupkah kanda melihat wajah kesedihan di wajah kedua-dua mereka?. tanpa kanda tahu..setiap malam adinda lihat, mereka bagun di tengah2 malam bersujud kepada ilahi demi mendoakan kesejahteraan untuk kanda.. dan berdoa semoga kanda kembali kepangkuan keluarga..
kekanda,
satu yang adinda terharu, adinda pernah melihat ayahda mengalirkan air matanya dikala kisah kanda dibicarakan. pilunya melihat air mata seorang ayahda mengalir... begitu sebak ayahda dikala itu. sanggup ayahda mengalirkan airmata kelakian nya dikala itu. adinda tahu ayahda seorang yang cekal, tetapi ketika mengalirnya air mata berharga itu, adinda pasti hatinya sudah tidak mampu menahan segalanya...
ibunda turut bertukar perwatakan sejak akhir2 ini..dahulunya ibunda sering bergelak ketawa...sering membuat orang ketawa... kini segalanya amat payah untuk dilihat...wajah manis yang dilemparkan tidak sama seperti dahulu. tersirat sesuatu keperitan dan kesedihan disebalik wajah manis yang cuba ibu sampaikan.
untuk kanda, satu sahaja pinda adinda ketika ini...pulanglah!..ayahda dan bonda amat merinduimu.. pulanglah!!... adinda pasti segala kesulitan dan kerumitan ini dapat diselesaikan sekiranya kanda pulang dan menemui kedua-dua ayahda dan bonda....berterus-teranglah kepada mereka..
kekandaku.
adinda berharap kanda dapat memaafkan segala kelancangan adinda didalam surat ini. ini sahaja yang mampu adinda coretkan demi menyeru kanda kembali pulang. berilah sinar keceriaan kepada ayahda dan bonda kembali. adinda pasti segala sinar akan dapat kembali seperti sediakala sekiranya kanda pulang dan berbincang bersama. moga sinar kebahagian masih milik kita sekeluarga....insyallah...
ikhlas merinduimu;
-FA@2011-
No comments:
Post a Comment