Wednesday, November 28, 2012

Family tree HJH SUAN + HJ ABU

my makcik Umi ttbe create page untuk kaum keluarga HJH SUAN..itu nama arwah Yot saya.. yes masih berkesempatan mengenali arwah masa kami kanak2 lg..

dulunya masa kecik selalu salam yot kat rumah nek andak ni..

stil ingat lagi kami berebut2 nak tolong tumbuk sirih dalam ape ntah.. lepas tu yot makan sirih tu.. ingat lagi naik kolong atas rumah arwah nek andak. sronok nya zaman kanak2 seperti itu. budak zaman sekarang lain.

alfatihah untuk arwah yot..

masih teringat juga time main pondok2 kat rumah moyang. amik barang2 dalam almari sudu, cawan, wat2 buat air pastu kasi hidang pada orang datang.. selalu teman moyang ngan nenek tidor kat rumah mereka time kecik dulu..

alfatihah untuk arwah moyang

mujur umi create page tu..so kami generasi muda ni dapat mengimbau kembali nostalgia tu semula. alhamdulillah masih lagi kami mengingati yot kami tu..baru tau kisah beliau berkahwin dengan Abu (x sempat jumpa kot) si tok sidang umbai dulu kalanya. kira nya orang famous jugak la ek keluarga kami ni.. patutla anak-cucu-cicit semua berjaya..amin

kat page tu di nopoli oleh generasi umi la.. masing2 semangat berceritakan perihal nenek moyang mereka. i ni kira da generasi ke 5 la dalam family hjh suan  ni.. so far ada la mak cik2 y i x tau nama..sebab bukan selalu jumpa la kate kan. kl jmpe pon bkn nk panggil pon kan. senyum melebau je la memasing anak2 ni.. so mmg x tau la nk kene panggil pangkat ap..



since da terajin.. ak pon buat la draf family tree ni. berkat tolongan ingatan dari mama n nenek..terhasil la begini.


now da ada generasi ke 6..si alif,emily, farish dan kaseh... dalam family tree kami la..



ni gambar 2006 semasa arwah moyang masih kuat untuk berjalan beraya.. masa ni cicit2 moyang sorang pon masih belum berkahwin..lengkap 1 family time ni.. selalu susah je nak amik gambar beramai2 cam ni.. sekarang pon sama.. (senang x nak cam family die y mana 1?? keluarga kami memang suka boria tiap2 tahun)



Corat-Coret 5 Putih 2012

so far tahun pertama jadi guru kelas. seronok. alhamdulilah...


.

banyak sangat kenangan bersama dieorang ni. suka duka penghibur hati cik yang single ni. macam2 ragam bila di pikir dan di kenang2 kan pasal mereka ni.

alhamdulillah 2 orang murid telah berjaya masuk ke kelas y lebih baik. see!.. cikgu da cakap kan.. semua nya pandai2 belaka. kene rajin lebih sikit daripada selalu. y penting kurangkan bercakap y merepek2 tu..


cerita sepanjang tahun 2012 kami
1) hari2 bersemangat nak bagi homework kat dieorang.. semua jenis buat muka x suke!..cikgu suke jer!..
2) asik sibuk nak gelak ketawa + gosip2 je dieorang ni. malas nak dengar cikgu ajar la tu.
3) da pandai buat gaya.. paham2 da ngan perangai cikgu die y sangat suka bergambar!..weee..
4) peratus kedatangan da makin baik. hasil ugutan cikgu y sangat saiko..haha
5) da nampak sedikit peningkatan pada si eizah. xpe eizah..saya yakin dengan awak.
6) semput dada cikgu ni bila si nisa ni ada penyakit dada. boleh pulak 2 kali kene attack. mujur ramai cikgu y membantu cikgu kecik ni handle situasi gini..
7) murid y paling cemerlaang dalam subjek math berpindah sekolah.."anushka we all will miss u gurl!! "
8) x leh nampak cikgu..xcited nak salam cium tangan.. baik2 bebudak ni..
9) ok cikgu elmi penah cakap " budak2 bersorak bila dengar ko x datang semalam" oo..depan buat muka baik yer..kantoi!!
10) murid2 india sangat rajin datang kelas tambahan. murid2 melayu macam2 alasan. nak hujung2 baru nampak semua semangat nak belajar.
11) slalu usik si syaqila pasal berat badan...tq x kecik hati ngan cikgu..gurau2 ek!
12) risma da makin kurang sikap pasif die. mungkin serap energy dr budak2 ting-tong semua tu..slalu nampak die senyum :)
13) fang masih murid y blur-blur. kesian budak asik kene kan die je. xpe la fang..teruskan sikap baik kamu tu..biau je dieorang tu ting-tong..
14) tq untuk sambutan bufday cikgu ari tu. siap kumpul duit bagai.. x tahan nk wat suprise konon. sila tukar taktik lain next time..
15) kelas B y sentiasa mendapat hadiah tempat 1 dalam pertandingan kebersihan & keceriaan kelas.

GB bg nasihat  tok murid bakal y6 next year

Gambbar kenangan semasa menyambut HARI GURU 

nape buat muka sedih tu Livinia??

si eizah y bersemangat kental..

salah satu sudut y cikgu suka..

sambutan HARI JADI cikgu y ke 27..tq semua!!

bergambar kenangan dengan classmate jejaka dari SINGAPORE..

memasing nak tunjuk bakat..sila lah..

kelas da dalam proses pembersihan..tetap nak ad props bagai..



tq anak2 didik ku sekalian!..semoga semuanya mendapat kejayaan untuk UPSR 2013 nanti. biarkan semua mengata tentang kita. yang pasti anda sendiri tahu dimana kelebihan diri masing2.. tunjukkan kepada mereka anda juga boleh berjaya walaupon dimana anda berada..go gurlz!!..

Tuesday, November 27, 2012

jom aquaria + MAHA 2012

mari melawat ateh.. 

kebiasaan kalau lepak tido rumah ateh kat bangi ni, malam2 suke jer suh ateh bawak kami2 ni g down town. x g kat bangi nye kami g kat depan mines tu. biasala si kakak ni kan suka membeli-belah. so tempat y sangat besh adalah kat kawasan macam ni. biar x berjenama sekali pon. janji i sangat puas hati ngan semua benda y  dah dibeli tu. (muka berminyak y mintak nyawa sebab da perabiskan duit..)


so mengikut perancangan nak bawak si adek bongsu bercuti2. apakan daya si adek bongsu lebih suka tinggal di rumah daripada ikot kakak die y sangat suka berjalan tah ape2 ni. maka kami2 yang da zaman purba ni je la bercuti2. plan asal memang nak g sekitar KL.

maka kami pon menjejakkan kaki buat pertama kali di Aquaria, KLCC ni... bayaran masuk RM35 dewasa dan baby seperti Kaseh x yah bayar. so berjalan2 la kami bersiar2 menerangkan hidupan laut kepada cik Kaseh..hehe..







lepas tu lepak makan kat bangi. ateh kate tempat ni kawan2 die slalu sebut. tp die x penah g la. so kami pon cuba la jalan2 cari makan kat sini: "Ikan Bakar Petai" tu makanan famous die..tp since kami x bape makan petai x bape nak masyook la sangat. bek g makan ikan bakar umbai lagi ummpph kot.. yes!..tempat ni sangat ramai ngan pengunjung. x sempat abiskan air orang da dok jeling2 suh kami bangun sebab dierorg nak duduk pulak.


before balik rumah, ajak ateh lepak kat mines pulak..tetibe....terbeli pulak hp baru.. memandangkan mr Omnia aku tu da berjasa dari zaman gstt, maka memang patut la kasi die berehat. so y paling mampu melihat keadaan diri, samsung young,Y adalah pilihan hati. telepon murah y ada android..so far ni la paling murah adek!.. so ok confirmkan harga, RM 380 terus angkat x tunggu lama2 pon..


mari melawat MAHA. since nak g lepas breakfast. tapi terlajak2 sampai kat sana da tengahari. sangat mencabar. banyak giler pengunjung hari tu. ahad la katekan. puas round cari parking, lepas tu puas berjalan tengah panas terik, dengan ramainya umat datang nak masuk toilet pon beratur ya ampon panjang.. memang x best langsung pergi ke tempat macam ni. letih berjalan sampaikan selipar pon boleh putus..

bijak betul  mereka2 y x join kami pergi hari tu (acik+balong).. kalau x memang ak da kene maki hamun sebab suggest g tempat macam ni. nawaitu nak membeli buah2an pon x tercapai memandangkan sakit hati ngan keadaan y panas dan ramai orang. x sesuai la.. banyak sangat tempat nak dilawati. semua2 nya sangat jauh2 kene naik train. nak tunggu train satu hal, nak mengangkut barang2 hasil beli pon lg satu hal. 




maka kesmpulannya mari beredar jer la nampaknya.. ni lagi satu kisah x best. nak tunggu keluar pon makan masa hampir 2 jam. duduk dalam kereta selama itu boleh mendatangkan macam2 kan!.. air-cond kete pon boleh sakit. kesian tengok y mana family dalam kete y x de aircond tu.. kesian lagi pada sapa y ada anak kecil atau pon bawa mak-bapak y tua. berkipas2 masing2 dok tahan bila la boleh bergerak kereta ni..

untuk korang yang ingin melawat MAHA, sila penuhkan iman didada  dan pilih la hari dan waktu yang sesuai untuk anda mengunjunginya. kalau sesaja macam saya yang hanya nak check in saja baik g shopping mall yang terang2 sejuk-beku tu..boleh shopping macam2 jugaa..


Wednesday, November 21, 2012

Selamat pengantin baru Anas & Iffah

ok..ad mood nak story moly pasal acik nye wedding..





alhamdulillah semua nya berjalan lancar dengan izinNya..





so far tak de la success mana pon kan. kira ok la bagi si kakak single ni jadi wedding planner..



corat-coret di majlis acik..
1) orang ramai puji baju ak +family+ makcik2 cantek..(xkira tu ayat penyedap hati sekali pon)
2) pagi2 kena bagun bersiap temankan Alang g konvo.. tiba rumah kol 1.00 tghari...melayankan si Alang & the geng ambik gambau..selamat rombongan pengantin lom tibe lagi..
3) kek pengantin 3 tingkat + cupcake abis ari tu jugak!..x merasa aku!
4) tema khemah maroon + pink = combination last2 minit aku
5) baju pengantin amik kat butik merlimau. warna hijau+ gold y rare sekali orang pakai...haha nasib baik cun!
6) kakak dan mak pengantin siap salin 2 persalinan baju gitew!
7) cik kaseh x meragam langsung ari tu.. good gurl..
8) kompang dok masuk bawah khemah sekali. sangat bingit nak2 makcik2 sebelah family iffa y dok berdekatan..
9) gule2 lolipop 6 balang daripada kak ipau abis dalam masa 1 jam je. ak x dapat rasa!..
10) hujan lebat turun lepas pukul 5. alhamdulillah majlis masa tu da x ramai orang sangat.
11) pasang lagu live guna u-tube..sebab x nak sewa DJ y memekak tu( permintaan pengantin).so lagu syok sendiri daripada aiman..
12) pengapin perempuan tukar last minit. cik meera x sihat. mujur ad anak cousin y ad pakai baju matching ngan pengapit lelaki masa tu.. yeah!..cantek!! tq ila + apar!..
13) guest corner y sangat cool..(perasan sendiri) kad ak sediakan 100 keping jer.. x cukup kak ngah oiii!!!...
14) makanan catering sangat sedap~..ramai puji dan tanya mana.. ak+abah+mama x sempat nk menjamah langsung lauk tu..
15) ramai sangat kawan2 sek, uni, kje dan lain2 sewaktu dengan acik y hadir... mujur kakak pengantin baik hati layankan + tolong jd photoghapher mereka2 ni..
16) doorgift y lebih ak bawak ke sekolah.mama bawak ke office. acik bawa ke office die jugak.
17) yeah heppy semua nya dah selesai..

p/s: tetiba rasa rajin wat outdoor photoshoot untuk pengantin baru ni.. kami lepak kat taman 1000 bunge melaka.. ade la dalam 20 minit je..cuaca panas bebenau..jom balik!!..


to acik + iffah
selamat pengantin baru..moga terus bahagia, dan moga redha Allah bersinar selalu bersama...
from: kakngah y the best!!

Friday, November 16, 2012

Melawat Pasar Payang, Terengganu

ok..niat nak pergi untuk check in je kat fb y mana i da tibe negeri terengganu. kl da tibe then da check in lps tu ajak i balik terus pon x pe.. ok pelik!.xde org gile da drive jejauh da tibe ko ajak balik. memang nak mintak pelempang la time tu jugak boleh dapat..haha

ok.macam2 kesah sepanjang perjalanan ari tu. gerak dari melaka pukul 10.00 pg..jalan ikot cousin drive kete depan. y best nya bukan i la y drive. kami cuma bertiga je. mujur ada kasih hati cik myB. jauh ko dapat jalan yerk!..kesah ada org y x tahan nak buang air..mujur y kecil..sepanjanng jalan x jmp toilet..perh!!..boleh mendatangkan penyakit kl x saje2..haha..mujur lps tu dapat cari!..

jalan ikot pantai katernye!..fuhh memang azab nak tunggu bila la nak tiba..selamat dalam pukul 6.00 petang dapat check in kat hotel continental, Terengganu..ok..muka da abis macam kene simbah minyak pon masih sempat lg dok gmbau depan receptionist...

ok.berbalik pada tajuk!!!.. pasar payang x jauh dr hotel pon.kl nk jln kaki pon ok jer. tp gerak naik kete la senang. nk beli banyak kan..x kan nak hembet beg2 plastik tu balik hotel pulak.. ok..hari jumaat..warga terengganu cuti ok~!..sangat sibuk dan susah nak carik parking!!..ok x sempat nak snap gamabr dalam pasar payang. sibuk pandang baju berkilat2 tu jer..

seronok!!..wanita memang suka membeli belah la katakan!..wee x memasal ak rembat sampai 2 helai kain baju..tapi memang berbaloi..orang kata kalau da tibe x kan x mo beli ape2 kan?? haha buat penyedap hati duit y makin kering da ni...


ha..siap terjumpa kawan cikgu sekolah lagi.. kan da kate!siapa2 pon mesti nk g shoppinng kat sini!.. sempat snap pict kasi bukti kami da tiba sini dan suda membeli di sini..anda bila lagi??

lepas perabis duit kat pasar payang, kami gerak ke rumah kenduri kawin..motip utama kami ke Terengganu. majlis kawin mereka sangat simple. hanya ada 2 biji khemah orang ramai. sebelah kaum L dan sebelah lg untuk kaum P. dan menariknya..lauk pauk dan nasi dihidangkan di atas meja. lepas ceduk lauk sila tatang makanan anda dan duduk di kerusi y disediakan.


adat mereka untuk salam kaut. mak bapak pengantin duduk atas rumah. lg satu mereka bagi telur pahar then terselit kat situ ada pulut semangat. untuk apa x de orang xplain plak kat i ni..ok tunggu pengantin L tiba dalam kol 3 ptg. pengantin tiba je kami bergegas2 pulang. letih tunggu pengantin dari kol 12.00 td..

mari melawat masjid kristal,mercu pelancongan di negeri kopok lekor ni.. 1st time tiba. mujur cousin2 y da penah g sini nak bwak i y ketinggalan zaman ni g.. kejap pon jadi la. dpt check in then dapat beli fridge magnet pon jd la.. simple je kan i ni.hehe.


ok..sebelum balik melaka..x sah la x makan kopok lekor kan!!..jom pekene kopok lekor kak yah!..terbaek.. y sebenaunye da lapau bangat da tu..haha.. sempat beli berbungkus2 kopok tok dibawa pulang ke melaka!!


ok..itu saja review pasal Terengganu y sempat i pergi.. 2 hari sangat la x mencukupi..sebab perjalanan je da makan masa 6-8 jam.. da...