Saturday, August 22, 2015

rumahimpianknid part3

Sum time rse tersepit gara2 #rumahimpianknid ni.. 

Kita nk itu ini.. Beribu3 gmbau save.. Nmpk je psl rmh.. Trus share tkut lupe mn nk cr info2 psl tu nt.. Rumah sendiri kot.. Bayau bln2 ribu2 kot.. 

Bl hajat nk buat itu ini.. 

Si abah kata xperlu.. Xyah.. Membazir.. Wut simple je la..

Si mama pula kata.. Amik trend y baru la.. Amik y besar la.. Ala tmbah lg cikit je duit dpt y mcm tu.

Agak2.. Mn 1 ak nk follow.. Kl ikot si abah x de la dpt rmh impian namanye

Kl ikot kata si mama mmg da abis kering kontang da ak nih.. Mcm xsedau diri plk gaji bln2 bkn besau mn pon..

Da x terkata da ni.. 

Ngn si abah mmg i klah sbb slma ni smua bnde die y akn uruskan.. Call org itu ini.. Pstu suh org bt itu ini.. Xde die. Totally lost la ak dlm persiapan rmh impian knid ni..

Ngn si mama.. Mmg best.. Tp tu la.. Smua di blasah nye.. Org kata renovate tu x leh sbb ad bape2 syrat y da dtetapkan majlis.. Die nk gak suh buat.. Asl org ln buat blh.. Bl kita ckp tu org ln.. Jgn ikot org.. Kang die ungkit die y tlg dptkan tanah ni.bl nk bl brg.. Ikot kan kgk hati mcm die nk... Aduii.. 

Hai la badan.. 

Igt da dpt kan rmh impian ni.. Mcm2 le settle kan ngan sempurna.. 

Kisah #rumahimpianknid 


Tuesday, July 28, 2015

15 Tanda Anda TERLALU SELESA Bergelar SINGLE…

Copy paste dr link y amik kat fb n y tlh d share.. Best plak.. Mcm kait jer.. Huhu


15 Tanda Anda TERLALU SELESA Bergelar SINGLE… 

Haaa baca tajuk ni, mesti ada yang teringat kat mana-mana kawan-kawan yang dah menyingle berapa lama dah, tapi tak pernah nampak tanda-tanda nak terlibat dengan kancah percintaan yang penuh onak duri ni… apatah lagi nak bina masjid ! Tak kurang juga mesti ada yang terasa sendiri sebab diri sendiri dah lama single tapi belum ada tanda-tanda lelaki idaman nak jatuh dari langit. Kahh !! (Cakap orang, diri sendiri yang menaip ni sentap jua) Hahaa.


Tapi betullah kan.. Ada di antara kita yang dah lama sangat single. Orang yang single lama-lama ni cenderung untuk menjadi sangat independent, kurang bergantung harap dan menggantung perasaan terhadap lelaki, dan juga dia boleh dapat atau capai apa yang dia nak sendiri. Tak payah nak harap orang lain. Gituu.. Hah ! Kalau dah selesa hidup sendiri, mungkin kita tak rasa rushing nak kahwin ke apa kan. Atauuuu punnn, ada jugak yang masih TAK PERASAN bahawa dirinya dah terlalu selesa jadi single ! Serious bacalah entry ini sampai habis okayy !

#1 Korang tak kisah melepak je kat rumah atau tak ke mana-mana bila tibanya hari minggu. Korang lagi rela duk rumah habiskan baca novel atau tengok movie kat TV daripada make calls randomly and ajak kawan keluar tengahari buta,
Kalau orang yang ada pasangan ni, dorang dah menggeletis nak plan dating kat mana kan.. Yelah, Isnin sampai Jumaat duk kerja, maka hari minggu lah nak bermanja dan melempias rindu. #Ehhh

#2 Korang sejujur-jujurnya gembira di atas hari-hari bahagia kawan-kawan korang atau orang sekeliling korang. Contohnya pertunangan, perkahwinan atau melahirkan anak.
Ehhh macam aku je. Aku suka sangat sangat baby kot ! So aku yang excited lebih kalau jumpa anak orang ahahaa !

#3 Korang tak pulak rasa tak selesa bila korang keluar hang out dengan kawan-kawan yang berpasangan. Tak rasa awkward, tak rasa jelesnya tengok orang memanja, makan pun nak suap pakai kaki. HAHA kidding !

#4 Bila kena tanya mengenai status hubungan, korang boleh jawab dengan jujur, takde dolak-dalih, takde kisah drama samarinda ke apa. Sebab korang tak rasa dengan menjadi “single” tu memalukan atau salah.

#5 Korang boleh makan kat luar, tengok movie dan… travel sorang-sorang. Hahaha.. Korang tak rasa pun korang kena cari someone nak teman ke apa.
Haa kalau petanda nombor 5 ni aku fail sikit. Kalau makan sorang tu, aku selalu bungkus atau masak kat rumah (walau masak megi sekalipun)

#6 Bila ada orang merasakan “Eh something wrong la kan si polan tu, duk single je dah berapa lama dah tu..” Maka, korang pulak akan membuat kesimpulan bahawa orang yang berprasangka itulah yang something wrong nya ! Kann ???

#7 Walaupun single.. jadual korang padat ! Padat dengan aktiviti yang melibatkan percutian, sarapan / makan tengahari / dinner dengan kawan-kawan lama atau kawan sekerja, keluar tengok wayang dengan ahli keluarga atau kawan, seminar, kursus dan memacam lagi lah.
Kejap nak pergi yoga lah, kejap nak try taichi tepi tasik dengan aunty and uncle lah.. Kejap nak masuk gim nak sadorkan diri lah. Ambui !

#8 Korang seakan lupa bagaimana keadaannya di dalam sesuatu perhubungan tu. Korang dah tak ingat atauuu tak ambil tahu mengenai isu seperti – Berapa banyak kali nak berbalas mesej ? Bila nak buat apa-apa atau pergi mana-mana kena tanya pasangan tak ?

#9 Korang abaikan saja mesej-mesej manis yang datang dari entah siapa-siapa sebab korang tahu yang korang takde masa nak layan benda-benda yang kelihatannya bukan untuk jangka masa panjang. Korang boleh dapat agak kalau seseorang tu tak serius dengan korang atau pun orang tu tidak muncul sebagai “pasangan berpotensi” HAHA !

#10 Jauh di dasar hati korang tu, korang sehabis jujur bahawasanya korang berasa gembira dan selesa di mana korang berada sekarang. Korang tak susah hati tengok kapel budak-budak sekolah duk lepak kat taman permainan depan rumah orang.

#11 Korang mungkin ada keinginan serta perancangan awal untuk berkahwin, settling down.. tapi korang tak pernah rasa tertekan mengenainya, jauh sekali nak rushing cari calon ke apa. Korang takde lah rasa tertekan nak melancarkan kempen “30 hari mencari cinta” ke apa.

#12 Korang tak suka atau RIMAS dengan ideologi (perghh) bahawasanya kalau korang ada kapel dengan someone, korang kena mintak izin atau repot kat pasangan korang mengenai setiap benda yang korang buat. Nak keluar kedai beli Kotex pon nak repot ke ? Hahaa. Sudahnya, korang lagi selesa single. Pergi mana-mana pun sukahatilahh.

#13 Korang takde masalah bila bersendirian. Korang tak rasa serba kekurangan tulang rusuk ke, tulang kaki ke, sup tulang ke. Hahaha.. Korang just.. nikmati masa yang ada dan lakukan apa yang korang nak.

#14 Korang memberi sokongan moral kepada mereka yang takut untuk bersendirian, malah korang mendoakan mereka supaya menemui cahaya di jalan nan gelap dan menghargai setiap detik bergelar single. Wakakaa…

#15 Korang tak rasa terkilan di atas kegagalan hubungan lalu. Haa malah, bersyukur pulak yang hubungan tu berakhir ! Takde sakit hati, takde makan hati ke.. limpa ke.. Kalau hubungan tu tak berakhir, korang tak sebahagia sebagaimana korang sekarang. Haaa gituu ! 

Tuesday, July 7, 2015

Double triple n #syukur

Alhamdulillah..
Lg 10 hr puasa je tinggal.. 

Kisah cinta.. Mcm biasa feeling habis.. Tq syg.. U make me smile everyday.. Please jgn penah berubah..

Kisah rumah.. On prosess. Siap tinted  3 layer (rm1100). Tgh wirering satu rmh (rm2000). Grill 1 rmh (rm 3800).. Settle beli lampu ngn kipas (rm3330).. Beli dapor mask sugawa (rm3289).. Set blk tidor (rm4000). Dlm pemerhatian- meja dapor,sofa,set kabinet tv n tv, set sofa n tiles depan n blkg rmh.. Serta nk psg auto gate.. 😱😱😱

Kisah kewangan.. Syukur.. Dpt duit kwsp ngn duit rmh.. Blh la buat belanja itu ini. Settle itu ini tanpa hutang pd org luar. Dpt gak bantu adek2.. Dpt gak gembirrakan abah mama.. Alhamdulillah.. 


Kisah kerja.. Tabah la hati.. Keje x penah habis.. Aku genggam kata2 ni dlm hati aku: jgn pnh minta untuk dikurangkan beban tp mintalah untuk di beri kekuAtan..insyallah

Kisah kawan.. Terima kasih kerana sentiasa bergmbira dengn ak. Sentiasa bercerita kisah2 y dpt memberi ku pedoman dlm kehidupan. Sentiasa menceriakan dunia telekomuniksi ak ngn gmbr2 y menarik.. Tq sahabat.

Insyallah.. Ku
Semangat utk terus ke hari seterus ya.. .. Doa y terbaik utk ak k.. 


Sunday, June 21, 2015

My new bf..

Alhamdulillah..

Selamat berpuasa uolz..

Da hari ke4.. berpuasa..

Org ln sibuk2 ngan mood bl baju raya n so on.. aku?? Masih xde mood shopping brg2 tu..

Yes.. nk citer psl new bf..

Memang d awang2an ak skg ni.. x lelap tido.. dupdap2 je jantung ni skng.. dok asik tersenyum sipu je tgk hp.. hihi

Payah x? Haha.. senyum lg n lgi..

Owh.. i fall in love gitew.. ♡♡♡

Neh i reveals  kan nama bf i kat sini..

Well i br je couple ngn Iphone 5s..

Hihi.. xpe ka org kata x latest.. x update.. janji hati da terpaut. Nak wat camna kan..

Rupa tolak tepi.

Yeah.. heppy ye la ak.. lalalala..

P/s: Beb!!.. . Ak rindu n rindu sama ko!!

Tuesday, June 9, 2015

#rumahimpianknid

Lepas perhabis citer kawen ateh.. so now move on tok persiapan rumah impian knid plak..

Br submit borang kwsp.. ntah brp dpt.. mls nk tnye lebih2.. ap y dpt nt.. syukur je la.. lg pon org kata kl x amik pon buat apa?. Bkn duit tu menternak pon.. so ak pon ikot la kata org.. klr kan la jgk.. tgk la.. ap y blh buat ngn duit tu nt.. wat kawen x?? Ngok-ngek..

So.. ingat nk continue ngan plan renovate dapur.. td p jmp pelulis pelan.. pakcik tu kata.. pakcik ko ak bahasakan..hihi.. rumah semi d x blh nk renovate!!.. kene ad atlest 10 kali.. lorrr..  tanah blkg ak bkn le besau mn pon.. so die kata x boleh!!. Abis la musnah impian rumah knid..

Adui ler.. otak ligat cari plan lain. Sama de.. cr pelukis pelan y snggup buat.. or xyah buat langsung.. better p decorate dlm rmh cantik2 ajer.. mmmmhh...

Kl renovate dlm rm20k gak kang.. lps tu mmg azab le nk cantik kan rumah dlm2 tu.. so dlm otak da terpikir.. baik ak guna rm20k tu perhabiskan bl perabot2 or buat lain2.. ker ape ek?? Arhhh.. xpandai tol la nk pikir2 hal2 ni..

.... moga ad la pengakhiran y baik tok #rumahimpianknid  ni..