Monday, April 15, 2013

lama menyepi..

sibuk bebenau yer cikgu zaman sekarang ni.. sampaikan x sempat nak update entry baru.. nanti2 banyak cerita x dapat dikenangkan kembali. so mari mengimbau mana 2 memori y masih boleh dikongsikan disini..
yang best nye..esok.opss jap lagi nak g legoland!!..xcted sampai mata x ngantuk2 pon. kene berkumpul kat sekolah jam 5pg..now kol 2..so mari lelap dalam bus je la kang..
last week g sambut bufday cik kaseh. since ayah die x balik belayau lg..cuma acara makan2 bersama family sana n kami2 aje.nak buat kenduri kene tunggu ayah katenye. since cucu sulung..memang xcted la kami2 dok cari hadiah. petang tu nak gerak baru singgah jusco beli hadiah..tu gara-gara mama anis die y buzy memanjang minggu tu.
minngu y buzy dengan tugasan aktiviti sekolah. sebok ngan meeting pandu puteri, kelas tambahan darjah 6, tambah lagi duty kene jaga booth pameran robotik sekolah. kehulu kehilir wat tugas tu semua..its ok..bak kata abah "ko yang nak kan!.."
minngu sebelum nya join budak baru ke bengkel robotik. ad pertandingan "green city" so heppy dpt ilmu baru. xkesah la kene burn kan hari sabtu tok shopping! haha
minngu sebelumnya "cuti sekolah".x sempat buat aktiviti y biasa ak dok lakukan kalau ct sek. iaitu khatamkan tengok cerita korea n tido kol 7 pg..gara2 1 minggu cuti sekolah ak tetap datang sekolah ari2 sebab dok buat kelas tambahan ngan
budak2 aku. ikutkan ad 12 orang budak ak. tp since ni cuti sekolah, so ak x paksa sapa nak belajau sila, x nak suka hati korang la. ada la 9 orang y join..cuak pula bila ramai cikgu cakap "xyah risau budak ko ok." harapannya masin la mulut nereka2 semua..
2 hari sebelum sekolah start, ak join budak2 roomate sekolah teknik jasin dulu g holiday. since memasing masih single xde komitment, kami da plan awal nk g skuba. tp memandangkan budget x bape sangat, kami berskuba dalam bilik y ada pool.mana lagi kalau x "grand lexis" kat pd.. walaupon hanya semalaman, tp sangat seronok!. 4orang anak dara berlibur bersantai bersuka ria. tq kawan2..

Saturday, April 6, 2013

Cik Kaseh turn 1...

Heppy Birthday Cik Kasih Aisyah Bt Khairul Azwan..

Cik K da masuk 1 tahun..comei jer..gigi x tumbuh2 lagi..jalan pon x reti2 lagi..haha..apekehel la anak buah ak ni..

this year sambut kat rumah nenek dan atok sane.. sebelum gerak ke sana singgah ke Jusco cari hadiah..cucu sulong mestila tok ma die nak belikan adiah special..n mama die pon xcted nak beli hadiah tok anak buah die y sorang ni..


hadiah dari melaka..


muke cik K sangat heppy..hadiah beskal dari tokba n tok ma..


cik K da bertukar jadi Princess K...


jamuan y dsediakan oleh mama long n ibu cik K..tq semua...

wish cik K..semoga jadi anak y solehah..bijak pandai, cantik hati & budi, sentiasa dilindungi oleh allah sentiasa..amin



Saturday, March 16, 2013

Grand Lexis, PD

trip bercuti bersama ahli2 2F3..mereka ni lah geng sebilik zaman sek men teknik jasin dulu..so far da 10 tahun da kami berkawan..alhamdulillah dapat gak berpeluang bercuti bersama2..sebelum sorang2 naik pelamin..

so kali ni da plan baik punyer..target nak g berskuba..tp memandangkan x bape nak kayo n malas nak drive jejauh..kami tukar ber skuba dalam bilik kat grand lexis,pd pon jadila..

kalau diikutkan ahli bilik ada 12 orang..tapi y bercuti kali ni adalah mereka2 y masih single.. 

kami g waktu cuti ari tu..perh..masa nak chekin memang giler ramai orang beratur panjang nak masuk.. patut masuk kol 3..tapi dsbb kan bilik lom kemas, kami leh checkin kol5..kami stay 1 malam je pon..n check out kol 2 ptg.. cuti sekolah..rege die lain ar cikit..selamat kami booking awal ari tu..tp rege die da nak cecah $1000..tp puas hati la..


bilik y best..dan selesa

muke anak2 gadis riang ria

si anak gadis y ceria

kami friendz forever..2003-2013

ok..muke perenang2 negara x leh nak di upload d sini..sangat x sesuai..paham2 aje ok..y besh nyer masing2 semangat nak belajar berenang.. ok la dalam 1 hari dapat berenang 4x kuak itu dah kire ok kan..haha

trip holiday y seronok..tq uolzz..
* pzah*echa*kenid*ain*

Thursday, January 31, 2013

cikguu cengeng..

hehe..bila da amik angin laut malam ni, now baru rase nk taip entry..mood da ok balik..

hehe..x memasal je semua nampak aku nangis ari ni..hehe nampak je minah brutal..rupenye cengeng..wawah..ak memang cam ni la..hati kecik nye orang.. kuat nangis.x caye tanye abah n mama.. dieorg ketawakan aku td. lom sempat nak citer pape2 da start nangis..x memasal lauk ari ni terbazir gara2 aku x nak makan. so abah bawak makan kat luar lepas tu amik angin kat tepi laut umbai...now da ok!..

umur da nak masuk 28 tahun. perangai masih x berubah.. macam tu la dari kecik abah kate. lom sempat nak marah da nangis..mama lak cakap len kali ingat mama nanti x nanges.. ye la tu..lagi sedih ade la kalau ingat mama.."sok kalau nangis lagii..cal abah, nanti abah datang sekolah"..hahha sangat menghiburkan..syukurnya dapat merasa kegembiraan macam ni selalu.. 

i ni memang sensitip orangnye.. terasa nak keluar je air mata ni.. teresak2 nangis..nak2 bila ade orang tanye.."ko nape?"..daripada time tu da cool..terus leh start nangis semula..kahkah..gelak kan diri sendiri sebab ari ni memang ramai giler orang nampak ak menangis..haha lagi sekali tok diri sendiri ni..

citer pasal ape??..hehe...y pasti mesti budak2 kelas aku tu ingat cik farah mesti tengah gaduh ngan boypriend die..sampai masuk kelas mintak tisu n nangis2..hehe..yang pasti aku siap warning kat dieorang.."jangan bocor rahsia k..."

dan yang pasti cikgu2 yang mana lalu time tu mesti tersenyum tengok ak nangis..la budak kecik ni memang la budak kecik..menangis bagai.. yang tak tahan pegawai ppd siap cakap.."jarang jumpa cikgu menangis"..haha..siot jer kan..leh plak wat lawak time cam ni..walaupun ak cuba control, tapi air mata x leh nak stop time tu la..haha..now terasa..alamak-segan nyer..nape la aku x de hati yang cekal time tu.. malu nye i..

kesimpulannya..i memang budak kuat nangis... now da jadi cikgu y kuat nangis pulak..aduh.menci!.. siapa la y penyebab nye kan.. tak baik la kan kalau aku nak cakap "nyesalnye aku ngajar anak die".. tak pa la tuan/puan..saya halal kan ilmu saya y sedikit tu untuk anak tuan/puan. moga y terbaik yang dapat die lakukan untuk masa akan datang.seperti y tuan/puan hendakkan.. 

walaupun pahit, tak pa la saya terima semua y salah itu adalah dari pihak saya...semua yang tuan/puan laku kan semua nya betul dan  terima kasih kerana menjadikan ini sebagai pengalaman untuk guru muda (2 tahun) seperti saya ni menempuh  masa akan datang dan menjadikan saya berasa bukan mudah untuk menjadi guru yang sebenar-benarnya bernama guru..


Tuesday, January 29, 2013

Starting of 2013

heppy nye bila da start naik sekolah
penatnye bila da mula balik sekolah lewat
letihnya bila da mula aktiviti koku
serabutnya bila pikir pasal fail pbs
kusutnya bila berkaitan anak2 dalam kelas
bila la nak school holiday...Opppss..

rangkuman y paling BEST dan y tak BEST

1st time ngajau budak year1..ari pertama je da dapat sms dr parent suh pesan kat cikgu farah- "jangan garang2 ngan anak saya "...xde la garang mane pon kan kalau cikgu comel ni kasi warning ari pertama tu..xde la nt mudah2 dipijak2 oleh budak2 tak pon makbapak..kang ari2 ade je buku y tinggal. ade je keje x siap..alasannya"ala cikgu farah x garang"..relex la..

semangat giler nak suh budak2 TH 6P- kelas akhir ni tekun belajau..target tinggi menggunung je kan cik farah ni..nak 5A kau!!..siap buat tawar-menawar dalam kelas suh rendahkan target...hehe..macam2 la korang ni tau!..ini anak2 aku since dari tahun lepas.. cuaknye bila terpikir kan UPSR dieorg tahun ni.. tengok result sekarang ni sangat menakutkan jer..

target aku this year budak2 kelas 3B xde sorang pon fail matematik. so next year xde problem cikgu y nk continue budak2 ni.. y penting paham  konsep..y lain mari buat latihan menimbun2.. cikgu farah..banyak nye homework!!!!

PBS..yer keje y sangat melambak2..sedang gigih buat instrument tok budak tahun 3.. tahun1 nye download dr internet je la.. sekarang tengah gigih buat pemetaan.. yoyo jer semua tengok fail ak..ntah betul ke dok.. sumbat je la..

kelas tambahan da start..wow awal x?? giler x nyer..nak 5A katernyer...hehe

robotik..yea nak g jenjalan ke jepun/korea/australia..woha..sangat perlu menabung dari sekarang.. legoland..mari kesana bulan 4 ni wokey!..

da booking tiket ke vietnam hujung tahun ni.. doa2 xde aral melintang..simpan duit lagi..memang sah la x mo shopping online  selaaluu...azam ko!!

kawen..no x de plan lg.. serah pada Dia saja.. insyallah ade jodoh..naik la pelamin saya ni..serious tahun ni x bape nk gedik or gatal..da cukup matang..hehe..

ok..mari tidur...esok perlu ke sekolah... ZzzZZzzz

Monday, December 31, 2012

NASIHAT: Bijak Urus Wang

ok..shopaholic sekalian..(nasihat untuk diri sendiri)
ketahui  lah ini perkara penting untuk masa-masa akan datang kepada anda!
semestinya ingatan untuk diri sendiri jua!

Tq pada: Jurutera Wang 

************

5 tip jimat duit dengan kadar segera.
Tip pertama : Jangan belanja lebih dari pendapatan bulanan anda.
Prinsip yang perlu ada dalam diri untuk berjimat adalah jangan sesekali berbelanja melebihi gaji atau pendapatan bulanan anda. Latih diri anda untuk hanya belanja separuh atau kurang dari pendapatan bulanan pada setiap bulan.
me: ok..take note cik farah!..sila buang angan2 nak beli handbeg n kasut vinci tu!..bkn keperluan pon buat masa sekarang!! duit gaji ari tu da belanja macam2 da kan?? cukup suda..
Tip kedua : Cari duit lebih atau guna kurang.
Jika anda ingin guna wang lebih dari pendapatan anda, anda perlu cari cara untuk cari duit lebih. Samada kerja part time atau buat pelaburan melalui duit simpanan anda. Jika anda malas, anda  cuma ada satu pilihan iaitu guna kurang dari pendapatan anda. Peraturannya senang sahaja, jika mahu belanja lebih, anda perlu cari wang lebih pada setiap bulan.
me: ok.mari bukak kelas tuisyen mulai next year. leh generate extra income...haha. ade ke orang percaya aku ni cikgu..so kesimpulannya..kita guna cara guna kurang. kan mudah!
Tip ketiga : Tetapkan kadar simpanan tetap pada setiap bulan.
Tetapkan jumlah wang untuk di simpan pada setiap bulan. TIndakan ini akan menyelamatkan anda dari membazir semua wang yang anda peroleh. Lagipun, menyimpan wang adalah langkah pertama untuk belajar berjimat.
me: aci x kalau i kata duit simpanan i tu..ala duit y i main kutu ngan nenek n family i tu.. so nt time i dapat duit tu..i simpan half nye la.. aci x..aci x?? y half lg buat apa? oo tu duit tok travel ke mane2 nt kot..hehe
Tip keempat : Elakkan hutang dan jangan pinjam wang.
Elakkan dari berhutang kerana anda akan hilang kawalan terhadap penggunaan wang. Berhutang bermakna memperoleh wang tanpa usaha. Jadi, anda akan rasa tidak bersalah untuk menggunakannya secara membabi buta. Akibatnya, anda akan rasa liat untuk membayar hutang. Akhirnya, anda akan berada dalam tekanan. Elakkan juga meminjam wang kecuali keadaan benar – benar memaksa. Jika mahu wang, anda perlu belajar berusaha mendapatkannya. Jangan belanja wang yang bukan milik anda.
me: alhamdulillah..i x hutang ngan along mane2 pon..biase kalau da sengkek i rengek2 depan abah...so lps dpt gaji nt i pulangkan cepat2..nt leh rengek2 lg dengan abah..ayat mesti power!!..
Tip kelima : Tulis diari kewangan.
Setiap hari anda tulis aktiviti perbelanjaan anda  dalam satu diari. Rekodkan apa yang anda belanja dan rekodkan juga jika ada kemasukan wang. Melalui diari yang anda tulis, anda dapat mengesan habit perbelanjaan anda. Dengan ini, anda dapat kenal pasti kea rah mana wang anda mengalir. Gunakan maklumat ini untuk menjadikan perbelanjaan anda lebih berbaloi. Belanja pada perkara yang perlu sahaja.
me: ok..maybe lepas ni kene catat apa jua jenis perbelanjaan i.. senang nk monitor satu bulan bapa bnyk y da membazir..huhu..azam nak buat diari kewangan!
5 langkah asas jimat wang.
Berikut adalah antara langkah asas yang boleh anda amalkan untuk jimat wang.
Langkah pertama : Jauhkan diri anda dari wang.
Jangan bawa wang terlalu banyak dalam dompet anda. Bawa wang yang perlu sahaja setiap kali anda keluar. Melalui perbuatan ini, anda akan rasa lebih kuat untuk tidak berbelanja. Disebabkan wang dalam dompet anda sedikit, anda pasti akan lebih berhati – hati ketika berbelanja.
me; betol la...penah skali cash out RM 300. seharian bershopping. lepas tengok duit nyaris2 habis..so terus nafsu nak balik rumah timbul..kalau x, selagi tu la nak beli dan beli lagi..x ingat nak balik langsung..ya ampuuunnn...
Langkah kedua : Simpan wang di dalam akaun simpanan seolah – olah ia adalah tindakan yang wajib.
Utamakan menyimpan wang di akaun simpanan sama seperti pembayaran bil – bil anda.  Kalau boleh, pada hari pertama gaji, anda terus sahaja keluarkan wang dan di simpan ia di dalam akaunsimpanan tetap anda.
me: buat kaedah ni untuk bayar bil kete je. gaji masuk terus bankin kan duit kete awal2 dalam bank lg satu tu,. takut terhabis berbelanja nanti..kan bagus kalau boleh buat kaedah ni untuk simpanan masa depan?? ish2..
Langkah ketiga : Berhati – hati dengan nafsu membeli anda.
Selalunya, anda akan kehilangan arah apabila anda sedang membeli belah di kompleks membeli belah. Anda seakan – akan tidak boleh berhenti membeli apabila anda mula membeli. Ada sahaja barang yang ingin di beli. Untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku, anda bawa senarai barang yang perlu di beli sebagai rujukan dan hanya bawa jumlah wang yang perlu sahaja.
Langkah keempat :  Jangan berhutang kad kredit.
Sekali anda menggunakan kad kredit, anda akan ketagih menggunakannya. Ini kerana adanya kad kredit seolah – oleh menjadikan anda memiliki wang yang banyak. Anda hanya perlu swipe sahaja kad dan barang sudah boleh di beli. Gunakan kad debit untuk mengawal nafsu berhutang anda. Penggunaan kad debit lebih menjamin pengurusan wang anda.
me: alhamdulillah..x da kad kredit. takut nak ada. kang x memasal aku bankrup sebab da over limit..hish..nauzubillah..
Langkah kelima : Hidup dalam keadaan yang anda mampu sahaja.
Jangan beli kereta jika anda tidak mampu untuk membayarnya. Begitu juga dengan peralatan yang lain. Anda hidup berdasarkan pendapatan anda sahaja. Jika anda mahukan sesuatu yang agak mahal, lakukan kerja tambahan untuk mendapatkannya.
me: hah..dengau tu..ni x ikot nafsu betul.. semua nak!..
kalau dulu:
"keta myvi pink-dapat".. 
"kamera dslr merah-dapat"... 
"tablet samsung-dapat"...
kalau sekarang:
"nak note 2-dapat samsung young"... 
"kamera samsung galaxy da keluar woi!!-ko kan da de dslr??" 
"ipad tu cun la wei..-orang lain tab pon xde" 
************

note for myself: mari lah tuan diri..segeralah bijak mengurus wang anda..






Monday, December 24, 2012

Melawat Butik Fashionista!!!


Kechingg!!..wah tetibe bunyi idea keluar gitew. Macam familiar je kan bunyi tu.. 

Teringin nak g shah alam...peace yo!.(ala-ala  AC Mizal dlm MLM2012).sejak 2menjak da terlibat ngan dunia belog n beli online. Maka hati berbunge2 nak g butik2 cantik - blogger2 glamor tu semua.. 

So dengan muka kelat si abah, terpaksa la mengikut jua kata anak perempuan tunggalnya utk kemana saja y dia nak..tq abah. Walaupon bising ngan kata2- “jauh la”.. “jln jem” ..“ape y ada kat sane” ..macam2 la. Dan akhirnya mesti ada ayat ni “ hai la..selamat la sorang je anak pompuan”..

Stay kat bangi rumah sewa ateh. gerak tengahari sebab tunggu adek ipar i balik keje dulu. Before tu ingatkan nk g Fareeda, tengok2 lagi jauh orang tengah beratur panjang kat luar kedai. Amboi mak ko!..ramai nya umat nak serbu fareeda time tu. Mujur i bukan peminat fareeda. So tengok dari jauh je i da heppy..x yah masuk pon i da tau camna ghupe kat dalam tu.

Dari bangi ke shah alam jauh x? Ntah x tau la. Sebab tertido time tu. Bukak2 mata da tibe..shah alam!!peace yo..
So bermula la pengambaran aku ke semua butik2 y cun2 tu semua.






**********
Stop makan jap. Si jejaka2 semua da mengadu letih dan penat. Pusing2 x tau nak makan mana. So try je la singgah kat kedai makan WONG SOLO. Masakan Indonesia.  Y lain semua order nasi. Ak Cuma selera nak makan sup ayam je..x puas nk g banyak butik lagi..abis makan  hujan turun selebat2nya.. kilat pon kuat sangat. Tunggu hujat reda sikit, baru gerak g masuk keta n cari surau solat zohor.
Pujuk mereka tok round lagi. “kak ngah nak g sini..sini..sini..Please!!”
************










Ok2..siap janji ngan semua. “ok ni last..da lepas ni kita boleh balik...tunggu kak ngah jap eh”..



yea..bertuah badan. i dapat jumpa kak rina salleh. ramah layan orang+cantik+lemah lembut je orangnya. so tanpa segannya ajak kak rina bergambar sama..hehe..


dalam keta semua dok tanya sapa tu ngah?? ok. mereka bukan kaki belog macam i. so kene la i bukak profile kak rina.itu-ini..pot-pet.. baru masing2 angguk2 paham. kak rina siap upload pic customer y dtg kat instagram die.. 


 n siap berterima kasih kat semua y datang..


p/s: sorry ter bahasa "kak rina" padahal sebaya je kami. i kan suka perasan muda sentiasa.hehe

**********

ok..sudah perhabis masa + wang. mari pulang!.. tq ABAH+MAMA+ACIK+IFFAH+ATEH. teman kakngah g tempat2 ni semua. hari y seronok untuk dikenang..


hasil rembatan di sana..yeah!..i'm so heppy!!